3 Tempat Menarik di Melaka

December 24, 2017

Salam hujung minggu. Kali ini kami akan membawakan anda 3 tempat menarik yang boleh dikujungi di Melaka. Melaka merupakan negeri yang terkenal dengan bandar bersejarah. Memang benar, bila berbicara tentang benda bersejarah, pasti kita akan rasa bosan, akan tetapi banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi dan banyak aktiviti yang kita boleh lakukan jika datang ke Melaka.

1) Kota A Famosa

Kota A Famosa merupakan mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka. Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada  bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal. 
Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka 
Gambar 1: Kota A Famosa

Gambar 2: Bergambar 

2) Pantai Klebang

Jika datang ke Melaka tapi tidak berkunjung ke sini memang rugi. Pantai Klebang merupakan tarikan pelancong kerana tempatnya yang unik berikutan terdapat bukit-bukit pasir kecil di sini. Para pengunjung yang datang kesini selalu bergambar disini kerana tempatnya seakan-akan padang pasir. 

Lokasi: Pantai Klebang, 75200 Melaka

Gambar 1: Bersantai

Gambar 2: Berjalan di Pantai Klebang
3) Muzium Maritime 
Muzium maritime atau dikenali sebagai Muzium Samudera merupakan replica kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra. 
Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Gambar 1: Muzium Samudera
Gambar 2: Bergambar di luar Muzium







You Might Also Like

0 comments