5 Tempat Makan Menarik di Banting, Selangor
November 05, 2017
Sebelum ni terdapat post mengenai tempat menarik yang boleh
dikunjungi di Banting, pada post kali ini kami akan membawakan anda 5 tempat
makan menarik di Banting. Yang pasti tempat makan ini sangat menarik dan menyajikan
makanan yang enak.
1 1) Nasi Lemak Warisan Pak Musa
Kedai ini
merupakan pilihan para penduduk tempatan kerana nasi lemak di sini sangat
sedap. Kedai ini beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan
terletak di Jalan Suasa 1, Banting. Tempatnya yang strategik menjadikan kedai
ini menjadi tumpuan ramai.
Gambar 1 : Sarapan pagi di kedai Nasi Lemak Warisan Pak Musa |
Gambar 2: Nasi lemak sotong dan telur goreng |
2 2) Wak Dol Soto
Kedai ini juga
merupakan pilihan para penduduk tempatan untuk minum petang. Ini kerana soto
dan tempe goreng di Wak Dol Soto adalah yang terbaik dan lazat. Kedai ini
terletak di Persiaran Majlis, Taman Budiman, Banting.
Gambar 3: Kedai wak dol soto |
Gambar 4 : Soto dan tempe goreng ialah menu yang terkenal disini |
3 3) MA Nasi Kukus Ayam Berempah
Di Banting, MA
nasi kukus ayam berempah antara pilihan para penduduk tempatan untuk makan
tengahari. Ini kerana nasi kukus ayam berempah disini merupakan yang terbaik
dan kalau di Penang kita kena beratur untuk mendapatkan nasi kandar, di sini
kita kena beratur untuk mendapatkan nasi kukus ayam berempah. Dari situ kita
boleh tahu bahawa ramai pengunjung yang ingin mendapatkan nasi kukus ayam
berempah ini. Harganya yang murah dan rasanya yang lazat menjadikan ianya
menjadi pilihan orang ramai. Kedai ini terletak di belakang The Store, Banting.
Gambar 5: Nasi kukus ayam berempah |
4 4) Makan Dalam Café
Jika teringin
makan makanan western, Makan Dalam Café merupakan kedai yang paling sesuai
untuk menikmati makanan western. Harganya yang murah dan makanan yang sedap
menjadikannya antara tempat yang anda wajib pergi untuk menjelajah makanan.
Kedai ini terletak di Kampung Sungai Kelambu, Banting dan beroperasi dari jam 6
petang hingga 12 tengah malam. Suasana kedai ini sangat sesuai untuk melepak
dan bertemu janji.
Gambar 6: Suasana Makan Dalam Cafe dari luar |
Gambar 7: Menikmati makanan pilihan chicken chop |
5 5) Juvita seafood
Di Banting
terdapat banyak kedai seafood tapi yang paling popular dari kalangan tempatan
ialah Juvita Seafood. Jika teringin menikmati makanan yang sedap bolehlah datang
ke sini. Kedai ini menyediakan makanan seafood tapi ada juga western disini. Kedai
ini terletak di Kanchong Darat, Banting dari jam 5 petang hingga 2 pagi.
Gambar 8: Makanan pilihan di sini |
Jadi, dah tahu kan mana tempat makan yang menarik. Tunggu apa lagi? Kalian wajib cuba jika datang ke Banting.
0 comments