Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru

December 17, 2017

Nasi Lemak Antarabangsa, kg baru terletak di tengah-tengah ibu kota. Kalau cakap pasal kg baru semua dah tahu kg baru salah satu syurga makanan di Kuala Lumpur. Kebanyakkan kedai dan warung-warung makanan disini beroperasi sehingga lewat. Jadi buat sesiapa yang suka sangat tengah-tengah malam lapar sangat lah disyorkan kalian singgah di Nasi Lemak Antarabangsa, kg baru ini. 


Nasi Lemak Antarabangsa ini memang famous sangat dengan keenakkan nasi lemak mereka. Lauk pun pelbagai jenis yang anda boleh pilih dan makan bersama nasi lemak. walaupun kedai makan ini terletak hanya ditepi jalan tapi pelanggan masih ramai nak rasa keenakkan nasi lemak antarabangsa ini. Harga untuk sepinggan nasi lemak pun sangatlah murah dan menepati dengan keenakkan nasi lemak ini. Jadi kalau kalian tengah-tengah malam titiba terasa teringin nak makan nasi lemak boleh terjah ke Nasi lemak antarabangsa kg baru ni 


You Might Also Like

0 comments