Perkelahan Unik Dalam Sungai

December 27, 2017

Jika dulu makan dalam sungai hanya dilakukan bersama keluarga ketika berkelah. Sesuai dengan peredaran zaman menikmati makanan dalam sungai nampaknya semakin popular pada masa kini. Apabila pengusaha restoran ingin menampilkan kelainan dalam menarik perhatian pelanggan.

Kunjungan kami ke BBQ lamb kl, kemensah benar-benar mengimbau kenangan bersama keluarga ketika kanak-kanak dan ia memori yang sentiasa berpahat di hati. Pengalaman makan di dalam sungai  memang berbeza sambil ditemani nyanyi ungas yang menyenangkan. Hidangan didepan mata benar-benar menyelerakan.

"konsep kita adalah konsep restauran dan kafe. Servis lain yang ditawarkan adalah tempat yang mana pelanggan boleh merasai sendiri makan di dalam sungai dan sambil makan itu pelanggan juga boleh melihat anak-anak bermand- manda hanya berdekat dengan kita. Pihak kami juga menyediakan kolam renang yang lebih selesa dan lebih bersih". katanya, pemilik bbq lamb kuala lumpur, Encik muhammad zainuddin B. muhammad yatim.

"menu kami juga berbeza-beza iaitu makanan yang bercirikan barat (western style) dan diolahkan dengan resepi-resepi masakan melayu dan ditambah bersama nasi.

Menu yang tawarkan adalah set yang mana pelanggan boleh memilih set untuk 4 orang dengan harga RM140. Didatangkan bersama bbq kambing, ayam, lembu dan itik bersama nasi selain coslow dan sos istimewa yang hanya boleh didapati di bbq lamb Kuala Lumpur, Kemensah.

Selain makan tengah hari, di bbq lamb kuala lumpur juga turur ditawarkan makan malam yang mana pelanggan dapat menikmati suasana romatik. Dengan pilihan menu yang pelbagai namun masih mengekalkan konsep makanan barat.

Istimewanya di bbq lamb, kuala lumpur ini sekali setahun mereka akan buat makan malam pada malam tahun baru bagi menyambut tahun baru.

Kepada para pembaca blog kaki jalan ini anda disarankan menempah terlebih dahulu untuk ke bbq lamb,kl untuk mengelakkan anda tidak mendapat tempat.


















Facebook: BBQ LAMB KL Kemensah
contact no:  012-211 4100

You Might Also Like

0 comments