3 Tempat Menarik di Perak
November 05, 2017
Jika anda ingin
menenangkan fikiran dengan bercuti tapi akibat kekangan masa, anda merasa tiada
tempat yang anda boleh pergi pada hujung minggu, tanggapan anda salah. Kali ini
kami akan membawa anda menjelajah tempat-tempat yang menarik di Perak selama
sehari :
1 1) Gua Tempurung, Gopeng, Perak
Gua
tempurung merupakan antara tempat tarikan pelancong. Jika anda ingin melakukan
aktiviti lasak, kalian boleh mencuba aktiviti yang disediakan disini. Terdapat 4
pakej yang di sediakan iaitu Golden Flowstone, Top of The World, Top of The
World & Short River Adventure dan Grand Tour. Tapi, adalah dinasihatkan untuk datang pada
waktu pagi jika ingin menyertai pakej 2, 3, dan 4 kerana untuk melakukan
aktiviti ini memakan masa.
Gambar 1: Keadaan dalam Gua Tempurung |
Gambar 2: Sebelum memulakan aktiviti bergambar dulu |
2 2) Kellie’s castle, Batu Gajah, Perak
Kellie’s
castle merupakan tempat tarikan pelancong kerana ia merupakan warisan sejarah
dan bukti cinta Kellie Smith terhadap isteri dan keluarganya. Para pelancong
datang kesini selalunya ingin mengetahui sejarah istana ini dan melihat
kecantikkan dan keunikkan istana ini.
Gambar 3: Bergambar di depan bangunan Kellie's castle |
3 3) Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak
Taman
Rekreasi Gunung Lang ini juga merupakan tempat tarikan pelancong kerana
tempatnya yang cantik dan sesuai untuk berjalan-jalan dan beriadah. Taman
Rekreasi Gunung Lang adalah kawasan bukit batu kapur yang terletak di tengah
Lembah Kinta. Apa yang menarik disini ialah selain mempunyai keindahan alam dan
landskap, terdapat mini zoo, tapak perkhemahan dan tempat outdoor photoshoot.
Tempat ini dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Gambar 4: Air terjun buatan baru dibuka |
Gambar 5: Bergambar depan air terjun buatan yang belum dibuka |
Gambar 6: Bergambar di tempat outdoor photoshoot |
0 comments