Hiking Ke Air Terjun Kubang Gajah, Kemensah

January 11, 2018

Kampung Kemensah merupakan kawasan penempatan merangkumi kampung dan perumahan mewah. Nama tempat ini diambil sempena nama sungai yang mengalir di kawasan ini yang di panggil sungai Kemensah. Kawasan ini terletak di Mukim Hulu Kelang di dalam daerah Gombak. kawasan ini majoritinya diduduki oleh orang melayu selain diduduki oleh bangsa india, cina dan pendatang asing dan orang asli.

Kemensah merupakan kawasan bersebelahan hutan simpan dan berbukit bukau. Suasananya dingin ketika pagi, malam dan musim hujan. Terdapat penduduk disini masih menggunakan bekalan air daripada mata air bukit dan hulu sungai. Penempatan orang asli juga masih banyak disini.

Ramai yang masih tidak tahu, tidak jauh dari Zoo Negara, tersimpan sebuah kawasan air terjun yang sangat cantik iaitu Air Terjun Kubang Gajah, Kemensah. Untuk ke air terjun ini, kalian perlu memandu kereta melalui jalan di belakang zoo sehingga berjumpa tempat dimana aktiviti atv dijalankan. Untuk ke air terjun Kubang Gajah ini pendaki perlu berjalan kaki melalui jalan kereta lebih kurang 500 meter sehingga berjumpa titik mula denai yang terletak di pertengahan pendakian jalan kereta yang agak cerun.

Trek pendaki sudah disediakan dan terdapat 2 papan tanya sepanjang perjalanan untuk ke air terjun kubang gajah dan ianya sebagai penanda arah supaya pendaki tidak sesat. Sepanjang perjalanan ke sana terdapat pelbagai halangan dan rintang yang menguji ketahanan mental dan fizikal para pendaki dan disarankan para pendaki bersedia dengan segala halangan. kecerunan untuk mendaki juga lebih kurang 25 darjah. Apabila sampai ke papan tanda yang kedua barulah trek pendaki akan membawa para pendaki ke air terjun.

Air terjun disini mempunya tingkat yang berbeza dan ia mempunya 3 tingkat. Untuk para pendaki dinasihatkan mandi di mana tempat yang kalian rasa kalian mampu untuk mendaki. di peringkat yang pertama air terjun ini diberi nama "Sofea Jane"

Tempat yang memukau dan sesuai untuk pendaki baru yang baru sahaja menjinakkan diri dalam sukan pendakian. Pendakian mengambil masa hanya 1 jam untuk pendaki baru dan mungkin hanya mengambil masa 20-25 min untuk pendaki lama yang tahu tentang selok belok kawasan.

Selamat berhujung minggu!
























You Might Also Like

2 comments

  1. Macam mana nk pergi ke sini iya?

    ReplyDelete
  2. steve scott's new british salt - Titanium Arts
    As one of titanium post earrings the titanium curling wand most trusted, titanium carabiners widely regarded suppliers in the nier titanium alloy world of british salt, this is the steve scott's new british apple watch 6 titanium salt. It's a mix of $20.00

    ReplyDelete