4 MAKANAN ALA THAILAND DI PADANG BESAR
November 06, 2017Cakap saja makanan apa yang popular di padang besar mesti rata-rata menyatakan tomyam thai yang sangat popular di padang besar. Mana tak nya hanya di padang besar yang boleh makan tomyam yang power rasanya. Tapi banyak saja makanan ala thailand yang boleh kita dapat dekat padang besar yang kita tidak boleh dapat dekat tempat lain.
Mungkin padang besar bersempadan dengan thailand jadi makanan nya boleh dapat di padang besar. Kalau nak merasa makanan ala thailand boleh datang ke padang besar tanpa kita pergi ke negara thailand.
Mari kita merasa makanan ala thailand di padang besar!!!
Gambar 1 : Tomyam MeeMee Authentic Thai
Kalau datang ke padang besar jangan lupa singgah di meemee authentic thai yang popular dengan tomyam nya yang sedap. Tomyam nya yang pekat kuahnya tambah pulak udang yang besar yang diletak dalamnya boleh buat kita kenyang. Harga nya tak mahal Cuma RM8.00 untuk satu orang makan.
Gambar 2 : Maggie Sup Thai di
restoran chempaka
Kalau singgah di arked niaga
jangan lupa cari restoran chempaka yang mana Maggie sup thai nya memang
terbaik. Memang berbaloi makan Maggie sup thai nya sebab isi yang diletak di
dalam sup pelbagai ada isi ayam bebola dan kaki ayam. Dengan harga rm6 kita
boleh dapat semangkuk Maggie sup thai yang kenyang boleh tahan.
Gambar 3 : Pulut ayam
Kalau yang datang ke padang besar
tak merasa pulut ayam memang rugi jawab dia sebab bukan senang nak dapat pulut
ayam yang hanya ada di padang besar saja. Keenakan ayam goreng yang di makan
Bersama pulut, bawang goreng rangup ditambah dengan sos thai.
Gambar 4 : Daging bakar ala danok
Padang besar pun ada daging bakar
ala danok jadi nak merasa daging bakar ala danok tak perlu ke danok boleh dapat
di restoran meemee. Rasanya lebih kurang daging bakar yang dijual di danok.
Anda boleh dapat daging bakar ini dengan harga rm6 sepinggan.
0 comments