Ketupat sotong

December 17, 2017

Bahan-bahan 

Halba
Santan 
Sotong xl 
Bawang merah 
Serai. 
Garam gula melaka seinch. 
Beras pulut cap flora 


Cara cara 

1) rendam beras pulut dengan air selama 15-20 min 

2) toskan air rendaman dan masukkan santan dalam setengah cawan atau 1 cawan ikut keperluan. Dan masukkan sedikit garam 

3) sumbat beras pulut ke dalam sotong 1/3 dr isi sotong (make sure dakwat dan isi perut di buang) 
Penyediaan kuah ketupat sotong 

4)masukkan sotong yg telah di sumbat ke dalam kawah, kuali atau apa sahaja alatan yg anda gunakan 

5)masukkan halba sesudu kecil atau 1 setengah sudu kecil,bawang merah yg di hiris halus dan ketukkan 2 batang serai .

6) tuangkan setengah kilo santan ke dalam periuk (sotong dengan santan sama-sama paras jew) 

7) didih kan tunggu sehingga pulut dan sotong masak dan letakkan sedikit garam (secukup rasa, dan gula melaka 1 inch) 

8)tunggu sampai kuah santan yg putih bertukar menjadi ungu cair (hasil drpd kulit sotong tu) 

9)ambik pinggan makan la wey! 


Ketupat sotong ini adalah masakan orang kelantan dan terengganu. kalau resepi admin bagi memang admin tak pakai gula melaka pun di sebabkan orang kelantan punya ketupat sotong sangatlah manis, makanya kita buat pengolahan resepi! Selamat mencuba ! 

You Might Also Like

0 comments