LOPAK TIKANG
December 17, 2017Hai !
Selalu kalau hujung minggu macam ni memang tak sah kalau semua ahli keluarga bermalas-malasan dan sanak saudara berkumpul di rumah. Lopak Tikang atau lebih dikenali dengan nama lain iaitu bubur som som ni sangat terkenal sebagai pencuci mulut di kalangan orang kelantan. pencuci mulut ini adalah resepi turun temurun daripada keluarga admin. Kalau nak try resepi lopak tikang ni boleh la try. Selain dapat memberi kelainan masakan adalah salah satu penghubung dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Jadikan hujung minggu anda lebih ceria dengan keluarga. Apa salah jamu ahli keluarga dengan pelbagai jenis juadah kalau hari minggu.
Resipi Lopak Tikang @ Bubur som som
BAHAN BAHAN
LAPISAN BAWAH :
4 cawan air pandan (dikisar dari daun pandan)
1 cawan tepung beras
1 sudu besar air kapur
LAPISAN ATAS :
4 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
Sedikit garam
AIR GULA :
2 ketulan gula melaka
4 cawan air
1 daun pandan dicarik & disimpulkan
CARA MEMBUATNYA
Lapisan Bawah - Campurkan tepung beras, air kapur & air daun pandan dan masak dengan api sederhana sehingga pekat berkilat. Tuangkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai
Lapisan Atas - Campurkan kesemua bahan2 dan masak atas api sederhana sekejap saja. Apabila sudah pekat tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk yang sama tadi
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan bersama dengan air gula melaka.

Lopak tikang @ Bubur som som |
Nampak menyelerakan. Lagi sedap kalau di sejukkan sebelum makan! |
0 comments