Kuih Keria Viral

January 11, 2018

Fenomena Kuih keria antarabangsa Haji Jalil, Limbongan Melaka. Kuih keria yang menjadi viral masa kini. Untuk merasai kuih keria ini anda perlu beratur untuk membelinya. Team kaki jalan sempat merasai sendiri keenakan kuih keria antarabangsa ini yang terletak di Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka. 


Kuih Keria Haji Jalil ini sudah pun wujud sejak 40 tahun yang lalu. Demi menyara 6 orang Haji Jalil berhenti menjadi nelayan kepada penjual kuih keria. Haji Jalil mula belajar cara membuat kuih keria gula melaka dariapada ibunya dan memulakan perniagaan di depan rumah. Bermula dari 20 biji sehingg 100 biji sehari pada harga serendah 5 sen dan kini lebih 1000 biji kuih keria gula melaka dihasilkan untuk sehari dengan harga 50 sen sebiji. Kuih keria Haji Jalil mula menjadi viral bila beliau memperbaharui resepi asal yang menggunakan gula putih kepada gula melaka untuk menghasilkan kuih keria yang sedap ini. 

Kuih keria Haji Jalil ini juga diiktiraf sebagai produk pelancongan negeri melaka. Bila sudah terkenal memang pasti akan ramai para pengunjung akan tercari-cari. Ada juga pelancong dari Singapura, Brunei dan Indonesia datang ke sini semata-mata mahu merasai kuih keria Haji Jalil ini. Tidak hairan juga kalau kerajaan negeri melaka mengiktiraf kuih keria ini sebagai salah satu produk pelancongan di melaka. 

Kuih keria Haji Jalil ini juga menghadkan penjualan kepada setiap pengunjung yang mahu membeli. Maksimum setiap seorang untuk membeli adalah 20 biji sahaja. Di sarakan para pengunjung beratur seawal 12.30 tengah hari yang mana jika pengunjung datang pada lewat petang dikhuatiri kuih keria gula melaka ini telah habis di jual.


Selamat Mencuba ! 













You Might Also Like

0 comments