Penang Syurga makanan

October 21, 2017

Pulau pinang yang lebih sinonem dengan panggilan syurga makanan adalah salah satu destinasi pelancongan menarik yang boleh dikungjungi oleh semua warga kota. sejarah tinggalan era pemerintah inggeris juga memberikan kesan dan impak sejarah di Pulau Pinang. Menerokai Pulau Pinang ini merupakan tugasan pertama untuk ahli kumpulan kami.

Pelbagai tempat-tempat menarik yang telah kami kunjungi untuk merasai sendiri pengalaman di syurga makanan ini. Menginap di tengah-tengah bandar Georgetown membuatkan kami lebih teruja untuk menerokai keindahan bandar atau syurga makanan ini. Kalau di Kuala Lumpur mungkin memang senang untuk mencari nasi kandar tetapi harga dan keenakkannya tidak setanding seperti di syurga makanan ini.

Mari kita terokai syurga makanan ini!

1. Roti Canai Transfer Road

Kalau anda semua ke penang tidak sah lagi kalau tidak singgah ke roti canai transfer road. keunikkan penyediaan yang digunakan sangatlah menarik minat kami untuk merasai sendiri keunikkan dan kelazatan roti canai ini dan kos untuk seorang hanya dalam RM2-3 seorang untuk merasai keenakkan roti canai ini.

Roti bakar ini dibakar menggunakan arang dan kalau anda hendak merasaikan keenakan roti ini cuba sekali bersama teh tarik ! Padu!!


2. Nasi beriani kapitan

Terletak ditengah-tengah bandar raya George Town kedai makan ini memang menarik buat anda pengemar nasi beriani. Di Penang ini memang banyak sangat tempat makanan yang sedap-sedap dan ini antara salah sebuah restaurant yang menjadi pilihan para pelancong kalau melawati penang. Nasi beriani ini hanya dalam RM10-15 Seorang dan anda boleh nikmati kelazatan sehingga menjilat jari. Lain sungguh kalau nak dibandingkan dengan nasi beriani di Kuala Lumpur. Selain harga yang berpatutan, kuantiti @ portion makanan juga sangatlah mengenyangkan bagi siapa yang mengunjungi restaurant ini. 


Nasi beriani ini hanya RM10 dengan set lauk yang sedia dipilih orang para penggunjung. 
3. The Esplanade Park

Tidak sah kalau pergi ke penang tak singgah sebentar membasahkan tekak anda di The Esplanade park yang mana ia juga terletak ditengah-tengah bandar George Town dan hanya mengambil masa beberapa minit untuk kesini. Sambil makan sambil tu boleh jamu mata kalian dengan pemandangan lautan yang menjadi tumpuan untuk para pelancong ke sini. Apa yang best sangat dekat The Esplanade park ni? 



The Esplanade Park ini boleh memuatkan lebih 1,000 penggunjung dalam satu-satu masa dan kawasan yang bersih dan selesa memudahkan lagi untuk para penggunjung menjamu selera. 



Disini penggunjung boleh merasai keenakan pelbagai jenis makanan dan yang paling terkenal ialah mee sotong dan coconut shake. Kami ke sini pada hari minggu dan tersangatlah ramai manusia beratur untuk merasai sendiri keenakan mee sotong ini. Ditambah pula dengan keenakan coconut shake yang boleh melegakan rasa dahaga para penggunjung memang padu sangat kalau anda semua nak jadikan lokasi ini sebagai tempat makan kalian 

mee sotong ini hanya RM6 dan kalian wajib cuba kalau berkunjung ke penang!

coconut shake hanya RM4 boleh pilih nak single scoop ice cream atau double scoop !









You Might Also Like

1 comments

  1. Amboi banyaknya tempat makan ! Rasa macam nak pergi ke sana kembali !

    ReplyDelete