5 Tempat Menarik di Banting, Selangor
November 01, 2017
Setiap kali hujung minggu, pasti kita akan kekeringan
idea untuk bercuti kemana untuk menenangkan minda. Kali ini, kaki jalan akan
membawa anda ke 5 tempat menarik yang boleh dikunjungi di Banting, Selangor.
1 1) Pantai
Morib
Pantai
Morib merupakan destinasi yang popular di Banting. Pantai ini terbahagi kepada
dua bahagian iaitu Morib Baru dan Morib Lama yang terletak bersebelahan. Bagi
warga kota yang inginkan udara segar dan ingin lari dari hiruk-pikuk kota,
mereka boleh dating ke sini untuk menenangkan fikiran. Aktiviti yang boleh
dilakukan di Pantai Morib ialah seperti berkelah, bermain laying-layang,
memancing, menyaksikan matahari terbenam, menjamu selera di kedai-kedai seafood
yang berada di sekitar sana dan banyak lagi.
Gambar 1: Pengunjung mengambil gambar pemandangan di Pantai Morib |
Gambar 2 : Pemandangan di Pantai Morib |
2 2) Bukit
Jugra
Bukit
Jugra merupakan antara tarikan yang terdapat di Banting. Pemandangan yang
menarik dipuncak dapat dinikmati dan lebih menarik jika kunjungi pada waktu matahari
terbit dan terbenam. Kebiasaannya, penduduk setempat berjogging dan menaiki
basikal untuk ke puncak sebagai aktiviti riadah mereka. Selain itu, Bukit Jugra
terkenal sebagai tapak sukan udara parangliding.
Gambar 3: Tanda nama Jugra di puncak Bukit Jugra |
Gambar 4: Pemandangan dari puncak Bukit Jugra |
3 3) Tadom
Hill Resort
Bagi
mereka yang gemar menikmati alam semula jadi, Tadom Hill Resort merupakan
pilihan yang tepat kerana ia merupakan kawasan camping dan riadah yang
dikelilingi bukit batu kapur dan tasik yang indah. Hampir segala dekorasi dan
reka bentuk di Tadom Hill ini diperbuat daripada buluh. Antara aktiviti yang
boleh dilakukan disini ialah tadom groove iaitu bermandi-manda dan berkayak,
berbarkekue, dan tadom base iaitu aktiviti-aktiviti lasak.
Gambar 5 : Keadaan di Tadom Hill Resort |
Gambar 6 : Pengunjung yang datang melakukan aktiviti Tadom Groove |
4 4) Istana
Bandar
Istana
Bandar merupakan tempat bersejarah yang terletak di Jugra, Banting. Istana ini
mempunyai keunikan seni bina dari segi kronologi sejarahnya dan dari aspek reka
bentuk. Istana ini merupakan hasil karya seni yang berbeza dan merupakan hasil
warisan seni bina yang terunggul di rantau Asia Tenggara.
Gambar 7 : Istana Bandar |
Gambar 8 : Seni bina Istana Bandar ini unik |
5 5) Kedai
kerepek
Banting
juga terkenal dengan syurga kerepek. Kenapa? Terdapat banyak kerepek yang
dijual dengan harga yang murah. Kilang kerepek yang terkenal dengan harga yang
murah dan menyediakan kerepek yang sedap iaitu Fazz Kerepek House.
Gambar 9: Kerepek House yang terkenal di Banting |
Gambar 10: Keadaan dalam kerepek house ketika pengunjung datang untuk memborong kerepek |
Apa tunggu lagi? Kalau anda sudah kekeringan idea hendak ke mana bila tiba waktu cuti, anda boleh datang ke Banting kerana terdapat banyak tempat menarik untuk anda kunjungi.
1 comments
save in the playlist bila dah jejak banting nanti kena pergi ni!
ReplyDelete