Cendol Durian Seksyen 24, Shah Alam

December 02, 2017

Musim durian sudah tiba! Kalau nak makan durian memang tak sah kalau tak pekena dengan cendol. Mungkin dah jadi viral sekarang durian dan cendol. Kalau dulu durian hanya dimakan mentah atau kalau siapa pernah makan nasi durian, serawa durian dan pelbagai lagi. Bagi penggemar durian mungkin diaorang tak kisah dengan harga sekilo atau sebakul durian itu. Asal dapat isinya manis atau lemak-lemak manis itu dah memberikan satu kepuasan untuk mereka.

Viral tentang cendol durian di seksyen 24, shah alam pada awal tahun 2017. Kami tidak terkecuali merasai sendiri keenakkan cendol durian disini. Ketika berada disana, kami agak terkejut dengan sambutan yang luar biasa. Ramai penggunjung sanggup beratur demi untuk semangkuk cendol durian. Sempat juga kami rasa cendol durian padu ini. Kalau kalian nak tahu pada hari pertama kami pergi. barisan agak panjang dan pelanggan sangat ramai dan kami tidak berpeluang merasai cendol durian ini kerana mereka kehabisan stock durian. Durian yang digunakan pula bukan calang-calang durian. mereka hanya menggunakan durian yang betil-betul enak seperti musang king dan sebagainya.

Penyediaan cendol ini juga dilakukan di hadapan kami dan pelanggan juga boleh memilih perisa cendol yang berbeza mengikut cita rasa masing-masing. Pelat lelah beratur kami berbuahkan hasil pada hari kedua yang mana kami berjaya untuk merasai cendol durian ini. bagi kami, keenakkan cendol ini memang terletak pada kepekatan santan itu sendiri dan sudah tentu durian yang digunakan hanya terbaik. Hanya durian yang manis dan betul-betul baik sahaja yang dihidangkan untuk customer.

Harga?

harga terakhir ketika admin ke sana kami hanya berbelanjan RM15 untuk satu mangkuk cendol durian dan size mangkuk juga kalian boleh pilih sama ada kalian mahu medium, large atau super large. Akhir kata, siapa peminat tegar durian dan cendol boleh datang ke sini kerana keenakkan cendol disini tiada tandingan di mana-mana.

Meh Admin belanja gambar sikit.

Cendol durian padu, Seksyen 24 Shah Alam
Boleh juga waze medan selera seksyen 24, shah alam. (waktu beroperasi pada pukul 6.00 petang dna sehingga ke 12.00 malam sahaja)

kami beratur menunggu giliran demi semangkuk cendol durian!

You Might Also Like

0 comments