Ikan bakar belakang istana jalan Bellamy

December 02, 2017

Tengok pun boleh memelehkan air liur!
Di Kuala Lumpur memang banyak tempat makan menarik kalau nak diterokai. Jadi kami sempat merasai keenakan ikan bakar di belakang istana, Kuala Lumpur. Rata-rata pelanggan yang mengunjungi kedai ikan bakar memang sudah biasa makan disini dan dikatakan kedai ikan bakar jalan istana ini sudah lama dibuka.
















Kalau dilihat dari perspective yang berbeza sambal pencicah ikan bakar juga sangat lazat! 


Kami terjah dan cuba sendiri ikan bakar disini. Ternyata memang benarlah kata-kata orang memang sedap. Harga juga tidak terlalu mahal dan sangat berpatutan. Menu kami ringkas tetapi kami sangat berpuas hati kerana ikan yang disajikan semuanya bersize besar dan lebih berpuas hati kerana hidangan ikan bakar ini boleh dimakan lebih seorang atau dua orang.









Kedai ikan bakar jalan istana ini mungkin tersorok dari pengetahuan pengunjung. Rata-rata pelanggan juga dari kalangan yang selalu makan disini dan yang lebih menarik lagi pelbagai jenis ikan bakar yang disajikan setiap hari kepada pelanggan yang mengunjungi kedai makan ini.

Sotong dan ikan keli adalah menu kegemaran ramai dan selalu habis dibakar 

Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 

You Might Also Like

0 comments