Hartamas Food Court The H

December 10, 2017

Hi,

Minggu ni Admin nk bawak korang lepak makan dekat Hartamas Food Court The H, Hartamas. Kalau dulu orang selalu lepak rasta TTDI, sekarang dah ditutup dan geng kaki kaki jalan blog terjah pulak ke Hartamas Food Court The H. Apa yang menariknya dekat The H ni iye ?

Pelbagai jenis makanan boleh di pilih

Kalau dilihat pada konsep tempat lepak ini, ianya lebih kepada kerterbukaan dan santai. Sesuai sangat kalau lepak nak bawak kawan-kawan. Yang paling best kalau korang lepak dekat kat sini sambil tengok perlawanan bola sepak sebab di The H ni mereka menyediakan Skrin besar untuk tontonan para penggunjung. Menu makanan pula sangat banyak dari western ke makan kegemaran rakyat Malaysia kalau lepak tak lain tak bukan kalau bukan char kuey teow. Kalau admin memang fav kalau lepak dengan kawan-kawan akan order char kuey teow.


Harga Makanan 

Harga makanan di sini adalah normal seperti di kedai-kedai makanan yang lain. Kalau kalian order char kuey teow memang harga di tempat lain sepinggan RM6.50 dan sini pun sama. Kalau nak cuba penangan makan di The H hartamas ni korang boleh try makan makanan western diaorang. berbaloi sangat dengan harga yang ditawarkan.. 


malam-malam nak pekena bubur boleh singgah di The H sebab bubur lauk dia memang terbaek!

Lamb chop ni hanya RM17.90 je yang bestnya lamb chop dia sangat lah sedap kuah nya ! 

Antara gerai-gerai makanan yang boleh anda semua pilih untuk dijadikan hidangan makan malam anda 

Mee gulong ni antara kegemaran admin kalau datang sini

Nasi dagang pun ada ! 

RM2 untuk western food korang boleh dapat spageti/pasta dengan sebanyak itu! Mana nak cari ?





You Might Also Like

0 comments