Dubai

January 11, 2018

Pengalaman ketika berada di Dubai selama satu bulan benar-benar tidak boleh dilupakan. Menariknya tentang Dubai, negara yang termaju berbanding negara-negara lain. Dubai adalah satu dari tujuh negara emirate dan kota paling padat di Uni Emirat Arab (UEA). Dubai terletak di sepanjang pantai selatan Teluk persia di Jazirah Arab.

Dubai mempunyai penduduk teramai dan merupakan bandar kedua terbesar setelah Abu Dhabi. Kerana pendapatan utama Dubai bukan berasal dari minyak dan sumber alam yang lain, maka Dubai mencari sumber lain yang diharapkan dapat mengorak pendapatan kota ini dalam pelbagai faktor khususnya dalam sektor bisnes, ekonomi, perumahan dan kewangan selain dari faktor pelancongan.

Dubai telah banyak membangunkan hotel dan gedung mewah dengan fasiliti kelas pertama untuk menarik minat para pelancong bagi melancong ke kota bertaraf Dunia ini. Dubai mempunyai beberapa hotel yang supermewah seperti Hotel Atlantis dan Burj Al Arab, gedung canggih seperti Dubai Dynamic Tower, serta pulau Palma yang luar biasa, pasti pelancong akan terpegun dan kaku sebentar akan kemewahan dan perbezaan bentuk kota yang diperagakan.


Ketika saya kesana saya sempat melawat beberapa tempat yang menarik dan ini antara kenangan yang saya sempat bergambar di sana.






You Might Also Like

1 comments