Sg Chilling, Kuala Kubu Bahru
January 11, 2018Kepada sesiapa yang suka dengan aktiviti lasak dan ketenangan bunyi burung dan kehijauan alam sg chilling adalah tempat terbaik untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak. Sg Chilling terletak di Kuala Kubu Bahru yang mana kawasan hutannya sangat menarik bagi mereka yang ingin keindah alam semulajadi.
Menerokai keindahan alam semulajadi antara satu hobi yang ahli kumpulan kami sukakan. Bukan hanya sekadar melancong tetapi kami juga sukakan aktiviti-aktiviti lasak. Sg Chilling mempunyai sungai dan air terjun yang cantik. Untuk sampai ke tingkat atas pendaki perlu melalui 6 batang sungai untuk sampai ke puncak.
Di Puncak sg chilling terdapat air terjun yang dipenuhi dengan ikan kelah yang dijaga rapi oleh pihak atau organisasi tertentu yang menjaga kawasan itu. Disini juga pengunjung atau pendaki perlu mendaftar sebelum naik ke atas. yuran yang di kenakan untuk setiap pendaki ialah RM1.00 dan tujuan pendaftaran ini dilakukan untuk menitik beratkan langkah keselamatan dan untuk mendaki disini pendaki tidak dibenarkan membawa makanan untuk keatas dikhuatiri membuang sampah atau sisa makanan merata-rata atau didalam sungai.
Aktiviti hiking ini juga bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah membina kekuatan fizikal dan mental untuk menempuh setiap laluan yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak. Bagi setiap pendaki kepuasan setelah sampai kepuncak sungguh memuaskan apabila mereka berjaya sampai ke puncak.
1 comments
Hiking disini memang terbaik.. bagus buat hiker yang baru hendak mencuba. relax tapi menyeronokkan!
ReplyDelete