Expo Negaraku

January 08, 2018

Expo negaraku 2017 diadakan di Dataran Merdeka bermula pada 15 November hingga 15 Disember 2017, menempatkan lima kubah utama memperincikan mengenai pembangunan infrastruktur terkini dan akan datang. Expo infrastruktur terbesar itu bakal mempamerkan pembangunan terkini dan perancangan akan datang kerajaan dalam memberi kehidupan sempurna dan sejahtera kepada rakyat Malaysia.

Expo Negaraku 2017 ini juga sebahagian usaha dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara, khususnya terhadap pembangunan yang dikecapi selama ini. Tujuan expo ini dijalan ialah untuk merakyatkan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) supaya masyarakat mengetahui projek pembangunan dalam negara serta fungsi EPU yang selama ini hanya di belakang tabir.

Ruang legar expo negaraku ini juga mengambil masa selama 45 hingga 60 minit bagi melawat keseluruhan pameran dan sesuai untuk semua peringkat umur serta menjadi tarikan utama aktiviti sekeluarga pada musim cuti sekolah hujung tahun. bukan itu sahaja, orang ramai juga turut berpeluang menyaksikan pertunjukkan cahaya lampu yang dipancarkan pada kubah gergasi di perkarangan Dataran Merdeka, setiap Malam.


Selain itu, expo negaraku ini ada tema mingguan iaitu kesihatan dan kesejahteraan pada minggu pertama, diikuti Citarasa kita, Kebudayaan dan Pelancongan, Permainan Tradisional dan diakhiri aktiviti dan permainan.











You Might Also Like

1 comments

  1. Antara tarikkan pelancongan di Malaysia yang sangat menarik !

    ReplyDelete