Pulau Perhentian

January 10, 2018

Pengalaman bercuti di Pulau perhentian, terengganu ini memang tidak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi kalau kalian semua berhajat nak pergi bersama keluarga dan kawan-kawan. Salah seorang team blog kami berpeluang merasai sendiri kecantikkan pulau ini.

Alhamdulillah perjalanan dari Kuala Lumpur saya berjalan dengan lancar. Pergi dan pulang menaiki bas express dari Kuala lumpur ke Terengganu. perjalanan mengambil masa lebih kurang 6-8 jam. ketika saya sampai di jati kuala besut, terengganu iaitu kampung halaman saya sendiri. Banyak sungguh perubahan yang saya kagumi. Dari segi infrastruktur dan sistem transit bot dari jeti ke pulau perhentian.

Ketika sampai sahaja di jeti saya dan rakan-rakan yang lain dijemput oleh seorang wakil daripada agensi pelacongan yang telah kami tempah sebulan melalui laman sesawang facebook. package ini termasuk pengangkutan, makan, tempat tinggal dan aktiviti yang dijalankan di sana selama 3 hari 2 malam. kami pergi secara berkumpulan dan cos untuk seorang hanya RM295 untuk package 3 hari 2 malam di sana.

Pertama kali menjejakkan kaki di pulau perhentian ini saya rasa begitu teruja dengan keindahan lautan dan kejernihan air lautnya. Bukan itu sahaja pulau ini juga terkenal dengan aktiviti diving dan melihat penyu bertelur. terujanya di hati hanya tuhan yang tahu. tidak sabar rasanya hendak menerokai seluruh pulau yang terkenal dengan keindahan dan kejernihan airnya.

Hari pertama

aktiviti pada hari pertama adalah driving dan menerokai dasar lautan. saya tidak terlepas merasai keseronokkan berenang bersama-sama dengan ikan dan melihat kecantikkan terumbu karang yang ada di sana. di check point yang pertama ini kami diberi masa selama 15 min untuk berenang dan melihat kecantikkan disini. selepas 15 min kami dibawa pula ke check point yang kedua iaitu tower di tengah-tengah lautan.

Hari ke dua
aktiviti bebas bersama-sama rakan-rakan. di aktiviti bebas ini kami memilih untuk berjalan-jalan di pulau perhentian kecil yang mana kami perlu menyewa bot untuk kesana. di pulau ini terdapat pulau perhentian kecil dan besar. tempat kami menginap di pulau perhentian besar. jauh dalam beberapa minit dari perhentian kecil. di perhentian kecil terdapat masjid, klinik kesihatan, pasar malam yang menempat pelbagai jualan dari hasil penduduk setempat dan semestinya lagi meriah berbanding di perhentian besar.

Hari terakhir
Rasa macam dibuai mimpi indah ketika bercuti disini. pertama kali menjejakkan kaki disini saya seperti sudah jatuh cinta dengan keindahan alam disini. Hari terakhir kami hanya diberi aktiviti bermain bola pantai dan berkayak. pada malam pula kami disajikan dengan hidangan bbq yang disediakan oleh pihak agensi kami.

akhir kata,
Percutian di pulau perhentian ini sungguh menyeronokkan. walaupun masa hanya 3 hari 2 malam pelbagai pengalaman baru yang kami timba. Dari segi keselamatan diri dan menerokai kehidupan lautan yang selama ini hanya dapat lihat di internet dan tv, tetapi kali ini dapat merasainya sendiri.








You Might Also Like

1 comments

  1. time pergi sini dulu bangunan masjid di long beach baru dibina tak tahu pulak sudah siap selengkapnya. apa pun pulau perhentian memang antara pulau yang terkenal di malaysia. keindahannya memang sangat-sangat mengamit ketenangan dijiwa.

    ReplyDelete